Pembunuhan Gandhi, penangkapan dan penghukuman Nathuram_Godse

Pada 30 Januari 1948 semasa jam 5:17 petang, Gandhi baharu sahaja mengetuai upacara pemujaan dewa. Semasa Gandhi bersalaman menyambut para pengikutnya, Godse segera mendekati Gandhi untuk menyerang. Salah seorang pengiringnya cuba membawa jauh dari Godse, namun Godse segera menerkam dan menembak dada Ganddhi tiga kali dengan pistol separa-automatik Beretta M1934. Godse segera diberkas Herbert Reiner Jr., naib konsul kedutaan Amerika Syarikat sebelum diserahkan kepada askar pengawal dan polis.[2][3][4][5]Gandhi dibawa ke biliknya di Birla House, beliau meninggal dunia beberapa lama kemudian akibat luka tembakan itu.[6]

Godse dibicarakan di Punjab High Court, Peterhoff, Shimla. Dia disabitkan kesalahan dan dihukum gantung sehingga mati pada 8 November 1949. Meskipun dua anak Gandhi sendiri, Manilal dan Ramdas membuat rayuan agar hukuman terhadap Godse diringankan, permintaan tersebut ditolak Perdana Menteri Jawaharlal Nehru, Naib Perdana Menteri Vallabhbhai Patel dan Gabenor Jeneral Chakravarti Rajagopalachari,[7]

Godse mati digantung di penjara Ambala pada 15 November 1949.[8]